Sunday, December 11, 2011

Langkah langkah untuk membuka akaun Maybank2u (Assignment 1 )

1.       Langkah pertama yang diperlukan oleh pengguna Maybank2u ialah pengguna dikehendaki mencipta no pin bagi Maybank2u di mesin atm Maybank.


2.    Pengguna perlu memilih menu Maybank2u untuk mencipta no pin.


3.       Pengguna perlu memilih PIN LALUAN MAYBANK2U.


4.  Seterusnya pengguna dikehendaki memasukkan no pin yang pengguna cipta/mahu.


5.       Seterusnya pengguna dikehendaki melayari laman web Maybank2u. Pengguna dinasihatkan menaip sendiri url web www.maybank2u.com.my sebagai langkah keselamatan.  Seterusnya pengguna perlu menekan butang   ‘Login’.


6.    Seterusnya m2u security tips akan terpapar


7.  Pengguna perlu memilih ‘First time login’.



8. Paparan “Terms & Condition” akan terpapar. Pengguna dikehendaki memilih menu ‘Accept’ sekiranya menerima kesemua syarat tersebut.


9.       Seterusnya paparan “Log In” akan terpapar. Pengguna dikehendaki memasukkan “Access No” iaitu 16 digit nombor pada kad atm pengguna manakala Pin pula adalah no yang pengguna telah cipta di mesin ATM.


10. Untuk langkah seterusnya pengguna perlu mencipta ‘username’ dan ‘password’ bagi akaun maybank2u.


11. Pengguna perlu memilih salah satu gambar dan memasukkan ‘phrase’ sebagai langkah keselamatan.


12.      Sebagai langkah seterusnya pengguna dikehendaki memilih soalan dan memasukkan jawapan bagi soalan tersebut. Langkah ini diperlukan sekiranya pengguna terlupa kata laluan. Seterunya pengguna perlu memilih menu ‘SUBMIT’. 


13.    Sekiranya pendaftaran internet banking berjaya status akan memaparkan ‘Successfull’ apabila anda ‘sign out’.  Seterusnya pengguna boleh menggunakan perkhidmatan Maybank2u.








No comments:

Post a Comment